assalamualaikum.
-oooOOOooooo.. lajunya binatang kecil tu lari.. kenapa?? sebab apa??
- mungkin binatang itu senak perut dan mencari tempat-tempat berlindung untuk melepaskan hajat.. atau..
- binatang itu mendapat panggilan telefon menyatakan isterinya hendak bersalin kot ?? hurm.. ada kebarangkalian.. tapi amat tipis..
-oh.. barangkali binatang tersebut sedang mengejar peragut durjana atau dia sang peragut itu !! ohh.. tipu..tipu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(ombak rindu..citt!)
-habis tu apa sebenarnya yang terjadi ni?(ombak rindu..citt!)
- ceritanya macam ni.. pagi tadi (merujuk hari ahad a.k.a dua hari lepas) sy bangun awal <--sebab tertentu sahaja untuk hari ahad. - malangnya.. sy tidur semula! oh.. tidakkk!!!!!
- sedar-sedar lihat jam dah mencecah 7.15 pagi . alamak.. alamak.. dah lambat! capai apa-apa yang wajib zasss zasss dan zass.
- terkial-kial pakai contact lense. konon-konon nak nampak comel . lucu..lucu..
- sedar-sedar jam dah menunjukkan 7.45 pagi.. sebagai makluman perempuan mandi memang lama ok. maka.. faham-faham lah mana datang anak kancil berlari 100km/h di federal highway pagi-pagi hari.
-ahhahha.. sampai sungai besi tepat jam 8.00 pagi . hik..hik.. nasib la kalau kena saman pun!
- ni semua sebab dah janji nak jumpa jam 8.00 pagi. tapi ada pula permintaan supaya dijemput dengan lebih awal . hhuhuhu.

