THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

May 31, 2009

keluarga bahagia

salam sejahtera.

segalanya bermula disini.

--------------------------------------------------------------

Tanggal 31/12/xxxx, Jam 8.30 malam.

Dalam sujud terakhirku.. ku pohon kepadanya 'Ya Allah..Jika aku ditakdirkan jatuh cinta.. Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada Mu.. Amin' ..

---------------------------------------------------------------

Masih lagi 31/12/xxxx, Jam 9.00 malam.

Debaran kencang.. dup..dup..dup..dup.. ( ada kesan bunyi khas! ) sambil tarik nafas dalam-dalam.. semua yang hadir juga telah mengambil tempat masing-masing.. suasana sangat tenang.

sayup-sayup dapat ku dengar suaranya..

'Aku terima nikahnya Noor Syahira Binti Shah Beran dengan mas kahwinnya barang-barang kemas bernilai RM 2,500/- tunai..'

'sah.. sah..sah..'

di suatu sudut, maka berguguranlah manik-manik mutiara air mataku. sayu.. syukur.. ku redha..

-------------------------------------------------------------

pada suatu malam yang indah dan permai.. seperti malam-malam yang biasa dilalui oleh pasangan yang lain..

kami solat isya' berjemaah.. di akhir doanya ..

'Ya Allah.. satukanlah hati kami berdua sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Kami memohon restu Mu, Ya Allah.. Berkatilah hidup kami dan semoga jodoh kami berkekalan buat selama-lamanya dunia dan akhirat.. serta kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.. Amin..

dan setiap kali itulah manik-manik mutiara ini berguguran lagi kerana kesungguhannya membaca doa ini sehingga menyentuh hati ini..

dia berpaling ke arah ku sambil menghulurkan tangannya. ku sambut tangannya, ku cium penuh hormat. lalu.. dia mengucup dahiku penuh kasih dan senyumannya terpancar ikhlas.

----------------------------------------------------------------

dan 10 tahun kemudian..

hidup ku amat bahagia disamping suami yang tercinta dan anak-anak yang menjadi lambang ikatan cinta kami.. syukur..



kami merenung ke masa hadapan.. semoga cinta suci ini akan berkekalan dunia dan akhirat..

-------------------------------------------------------------------

tiba-tiba..

kringg!!! kriinnnnnnnnnnnnggg!! erk!

alarm hp ku berbunyi.. 'eh, aku mimpi ek?! ' bangun tidur sambil sengih-sengih.. 'bestnya.. mimpi indah!' dan aku pun memulakan hari-hari ku seperti biasa..

sekian terima kasih.

---------------------------------------------------------------------

TAMBAHAN:

1. entri ini perlu menang kerana teruja dengan hadiah yang best! ( boleh dapat menambat hati juri ke ayat macam ni? ceh!!- tak apa, dah berusaha.. selebihnya tawakal je.. )

2. domain pilihan ialah syahirafauzan.com

3. memilih domain ini sebab teruja tengok gambar di bawah.. siap print screen tu! ehhehehe..
( tak habis-habis dengan teruja! kenapa yer?? )

Congratulations! syahirafauzan.com is available!


pink pong: kalau menang tu rezeki. kalau tak, boleh cuba lain kali. apa-apa pun tahniah kepada semua peserta.. nanti kita link-link yer.. boleh kongsi-kongsi cerita lepas ni..