THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

June 20, 2009

mencari rangka ayam

assalamualaikum.

-sy sangat beria-ia nak makan rangka ayam . tak silap kali terakhir sy makan bulan puasa tahun lepas.

- beberapa hari lepas, dalam perjalanan pulang ke rumah shah alam sy singgah la ke pasar malam . dengan harapan yang tinggi menggunung <-- serius tak tipu..

- sampai-sampai je terus mencari gerai yang jual rangka ayam. 10 kali tawaf pun sy tak jumpa!! sedih nyer.. pada hal pasar malam tu bukan besar mana pun. tak silap ada la dalam 10 gerai je yang buka.

- dengan penuh pilu dan hiba sambil terkenang-kenang rangka ayam yang dalam imaginasi sy sedap hingga menjilat jari, sy beli nasi lemak kukus je kat sana.

- apa yang penting, tambah lauk ayam ! janji ada perkataan ayam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(ombak jahat!! ombak jahat!)

- hari ni sabtu. ada pasar malam.. ok.. misi mencari rangka ayam akan diteruskan. ahhaha.. sy ni selagi tak dapat satu benda tu kan, nasib la.. 10 kali sebut nak benda tu. dah dapat nanti.. senyap la. wink..wink..


-selamat berhujung minggu semua..



June 19, 2009

berangan tu percuma

assalamualaikum.

- sy ada satu masalah yang sukar untuk dijelaskan disini.

- tapi sy menjangkakan semua orang pun pasti menghadapi situasi ini mungkin sekali dalam seumur hidup . tapi sy mengalaminya berhari-hari dalam kehidupan ini.

- sy suka berangan . ihhihihi. tapi tak apa la. berangan kan percuma. lagi pun pernah dengar tak dengan berangan sebenarnya kita merancang untuk perjalanan hidup pada masa akan datang <-- alasan! - tapi.. jangan la berangan benda-benda yang mungkin tak tercapai akalmu . contoh nak memiliki seekor kuda terbang yang macam unicorn. lepas tu boleh menunggang binatang tersebut ke tempat kerja (T.T")

- sy suka berangan tentang apa yang sy akan lakukan pada hari esok , lusa , tulat dan ulat. oh tipu.. tak suka ulat. tapi dia kelihatan comel..

- kadang-kadang sy suka berangan tentang apa yang akan berlaku pada 31 dec 2010.. serius jauh betul angan-angan sy ok!

- sebab percuma sy akan berangan juga apa yang akan berlaku pada 1 jan 2011. dan.. seterusnya..

-maka, kamu macam mana pula? kongsi la angan-angan disini. atau.. angan-angan kamu dah musnah beberapa hari lepas? agggagaga...

- tapi.. sy tak pernah pula berangan untuk bersanding bawah pedang . hurm.. takut la nak berangan macam tu. sebab takut tertikam pedang la pula! hhuhu..

June 18, 2009

memilih kawan daripada kekasih

assalamualaikum.

-sedang menonton cerita indonesia. kerana seorang lelaki, 3 sahabat baik bergaduh. hishh.. macam keji je berebut lelaki ! sorry la.. <--jujur entri ni dah berkarat sebab - tapi nak buat macam mana kan, nama pun cerita. layan je la ..

- alamak! alarm sy dah bunyi.. amaran keras suruh tidur awal. hhuhuhu..

- ok. sy pendekkan cerita.. antara kawan dengan kekasih siapa yang kamu pilih? sy sanggup lakukan apa saja untuk kawan sy. serius..

- biar sy senaraikan kenapa kawan lagi penting dari kekasih:

pertama kawan dulu kini dan selamanya akan ada disisi kita kecuali bila kita masuk tandas.

kedua kawan penting sebab dibahunya tempat kita menangis bila kita susah. ni kes bila ada masalah dengan kekasih.

ketiga kawan tak berkira sangat dan boleh lebih-lebih kurang. maksudnya.. dia jenis yang tak kisah ada apa-apa mesti dia akan hulurkan bantuan.

kesepuluh kawan adalah segala-galanya bagi sy sebab sy anggap dia sahabat baik sy, abang angkat sy dan kekasih hati sy. ni mesti ramai yang tak faham.

- sy jenis yang sangat mementingkan kawan. dulu sy anggap, kawan tu kawan la. kekasih tu kekasih la. tapi kini sy anggap kekasih adalah kawan baik sy. apa?? tak paham lagi ke?

- nak tidur.. tak paham, skip entri ni. hhuhuhu <-- jahatnya sy!




June 17, 2009

jerebu atau kabus

assalamualaikum.

-cerita ini adalah kisah benar dan berlaku beberapa hari lepas.

- sy sedang memandu di kl seawal jam 8.00 lebih pagi.. eh. boleh ke macam tu? ahhaha.. abaikan .

- umum pun tahu kan, sekarang ni sana sini jerebu. pergi mana-mana pun ada jerebu. hhuaarggghhhh!! jerebuuuu .....

- teringat masa zaman kanak-kanak , kalau pagi-pagi seawal jam 8.00 lebih-lebih tu cuaca aman damai, nyaman dan sejuk je. tu namanya kabus.

- tapi.. sekarang ni kalau pagi-pagi sampai seawal 10 pagi masih kena pasang lampu kereta dan jarak pandangan pun setakat dua tiga tiang lampu, tu namanya jerebu ! hhuhu..

- tu la duduk kampung memang best ! cuaca tak tercemar.. tu masa zaman sy kanak-kanak la. tapi..

-kasihan yer kamu duduk kl. dari zaman kanak-kanak kamu lagi dah duduk di tempat tercemar ! ahhahaha.. gelak-gelak jahat..

- ok.. tak gelak dah.. sebab kini kl dah jadi kampung sy juga kan.. *angkat-angkat kening.


June 16, 2009

sang kancil berlari 100km/h

assalamualaikum.

-oooOOOooooo.. lajunya binatang kecil tu lari.. kenapa?? sebab apa??

- mungkin binatang itu senak perut dan mencari tempat-tempat berlindung untuk melepaskan hajat.. atau..

- binatang itu mendapat panggilan telefon menyatakan isterinya hendak bersalin kot ?? hurm.. ada kebarangkalian.. tapi amat tipis..

-oh.. barangkali binatang tersebut sedang mengejar peragut durjana atau dia sang peragut itu !! ohh.. tipu..tipu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(ombak rindu..citt!)

-habis tu apa sebenarnya yang terjadi ni?

- ceritanya macam ni.. pagi tadi (merujuk hari ahad a.k.a dua hari lepas) sy bangun awal <--sebab tertentu sahaja untuk hari ahad. - malangnya.. sy tidur semula! oh.. tidakkk!!!!!

- sedar-sedar lihat jam dah mencecah 7.15 pagi . alamak.. alamak.. dah lambat! capai apa-apa yang wajib zasss zasss dan zass.

- terkial-kial pakai contact lense. konon-konon nak nampak comel . lucu..lucu..

- sedar-sedar jam dah menunjukkan 7.45 pagi.. sebagai makluman perempuan mandi memang lama ok. maka.. faham-faham lah mana datang anak kancil berlari 100km/h di federal highway pagi-pagi hari.

-ahhahha.. sampai sungai besi tepat jam 8.00 pagi . hik..hik.. nasib la kalau kena saman pun!

- ni semua sebab dah janji nak jumpa jam 8.00 pagi. tapi ada pula permintaan supaya dijemput dengan lebih awal . hhuhuhu.

June 15, 2009

si perempuan jambu

assalamualaikum.

- oh.. senak perut sekejap..

- hujung minggu lepas sy balik kampung <-- nak bagi tau juga tu! pada hal kampung nombor dua sy adalah kl je. - apa yang sy suka tentang kampung sy yer? ok..ok.. pembetulan kampung nombor dua sy la.. sy suka datang sini sebab mestilah ada ahli keluarga . hhhuhuhu. harap-harap ana/che r tak baca entri ni (T.T")

- sy suka sangat makan buah jambu air . yang warna merah-merah jambu tu! oh.. warna kegemaran sy tu.. sedap tau. manis.. rangup.. kecur..kecur!

- sewaktu menulis entri ni sy sedang makan jambu air yang lazat ni. pokok jambu ni depan pintu nak masuk rumah je.

-sebelum balik shah alam , sy dapat bekal dua bungkus jambu air yang merah-merah jambu!!

- betul ke kalau makan banyak buah jambu ni nanti boleh jadi perempuan jambu ??

- ok.. sekarang sy adalah perempuan yang sedang makan buah jambu.. maka, sy boleh dikategorikan sebagai jambu tak? atau.. jambu tu sesuai untuk lelaki je?

-tidakkk!! tidak!! kalau macam tu abang dan adik-adik lelaki sy jambu ke? sebab makan banyak buah jambu?? *pengsan!

June 14, 2009

selamat pagi

assalamualaikum.

selamat pagi malaysia! selamat pagi shah alam! selamat pagi batu pahat!!

-wah.. sy harus memaksa diri untuk tidur sekarang juga. sekarang jam dah 12.30 pagi sewaktu sy sedang tulis ayat-ayat ini.

-kenapa malam minggu kena tisur awal? sebab pagi ini kena bangun awal untuk menjemput kekasih hati. alhamdulillah .. dia dapat keluar bersiar-siar seawal 8 pagi hingga 6 petang.

- kami merancang untuk balik kampung sekejap . seronok sebab dah lama tak jumpa keluarga kekasih hati ! dan lagi.. sy pun dah lama tak jumpa kekasih hati. maka.. kena lah tidur awal..

- tak nak la buang-buang masa. kalau datang awal, nanti dapat jumpa lama-lama sikit . sekarang ni sy lebih menghargai banyak benda disekeliling sy. contohnya ialah masa. 5 minit pun sangat berharga.. kalau sy jemput dia lewat esok, sy dah rugi beberapa minit !

- ok.. kepada kawan-kawan semua, selamat berhujung minggu.. jumpa lagi malam nanti yer..