THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

June 13, 2009

terasa sangat indah

assalamualaikum.

- selamat berhujung minggu semua.

-pagi ni bangun lewat sebab hari ini sabtu . <--lain kali tak buat lagi! -bangun-bangun je terasa sangat stress bila tengok bilik yang macam kapal karam !

- jadi sy merancang untuk gigihkan diri mengemas bilik ni. hurm.. tapi sekarang ni rasanya progress baru 2% sebab asyik la blog hopping dari tadi! ish.. teruknya..

- jap.. sy angkat punggung sambil menari-nari dangdut mengemas bilik. ehheheh..

- alasan kukuh kenapa sy sangat gembira hari ni sebab kekasih hati dapat luangkan masa dia esok!! sy melompat-lompat girang!!

-dan lagi dengan terhegeh-hegeh baru semak permohonan rayuan adik. bangga sangat dia daput sambung belajar di uitm segamat . berkat doa dan kesabaran dia akhirnya dia dapat meneruskan pengajiannya .

- ok..ok.. sy nak mengemas dulu. selagi tak siap jangan mimpi nak bersenang lenang depan lappy..

- bye..bye..

psst.. br sekejap td ada makcik silap nombor. hhuhu. makcik sy bukan farha. maaf yer (t.t")

alhamdulillah.

assalamualaikum.

-walau pun entri semalam pahit untuk ditelan tapi tak apa la. nama pun khabar angin dan fitnah memang macam tu. manusia kan suka membesar-besarkan cerita dan memburukkan keadaan . ok.. abaikan.. tutup buku lama, buka buku baru.

- entri pagi ni haruslah entri ceria, bahagia dan bunga-bunga . sy nak kongsi kegembiraan sy selama hampir 3 semester melanjutkan pelajaran di uitm . sy memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, kekasih hati dan teman-teman yang tersayang. sokongan dan doa semua banyak membantu sy untuk berjuang sehingga sy berada hingga ke tahap ini.

- seronok tak terhingga sebab dah selesai 3 semester dan ada satu semester lagi nak habis. sy berjanji sy akan lakukan yang terbaik untuk kepuasan ibu bapa terutama sekali, contoh kepada adik-adik (tiba-tiba ada ramai adik!) dan paling penting bukti kepada semua yang menyokong sy bahawa usaha kalian menyokong sy tak akan sy sia-siakan.

- akhir sekali, izinkan sy menikmati sem-sem terakhir sy di uitm untuk pengajian sarjana sy, insya Allah. semoga sem depan sy boleh tingkatkan pointer lagi! eh.. sy ada satu rahsia nak kongsi.. sy adalah pelajar yang paling muda dalam batch sy. wink..wink..

June 12, 2009

sejarah yang hitam

assalamualaikum.

-baru-baru ni sy ada bermain-main sms dengan sahabat lama. tujuan utama nak ucap tahniah atas berita gembira beliau. tapi sms berlarutan menjadi rasa terkilan sy terhadap penghantar sms tu.

-maaf sy amat terkilan dengan kamu kerana mudah benar kamu mendengar khabar-khabar angin itu sehingga kisah-kisah sy yang kamu tidak pasti kesahihan tu dijaja dan didalahertikan.

-apa pun terima kasih sy ucapkan atas ayat-ayat sedih pilu itu. setiap orang ada sejarah hidup masing-masing dan tak perlu untuk dibesar-besarkan sehingga menjadi fitnah kerana cerita-cerita seperti itu mampu menjejaskan nama baik banyak pihak serta mampu mengguris hati-hati insan disekeliling ini.

- kepada pemegang amanah itu, sy juga ucapkan terima kasih dan tahniah kerana niat kamu untuk mempopularkan sy sedikit sebanyak berhasil. cerita-cerita kamu sudah tersebar di bibir-bibir sahabat sy. hurm..

- kenapa ye, orang suka sangat bercerita hal orang lain? kalau khabar angin tu palsu macam mana? dah jadi fitnah. biarlah sy sendiri simpan sejarah yang hitam tu baik-baik. nampaknya luka lama berdarah kembali.

contest pertama

salam sejahtera.

alkisah tersebutlah sebuah cerita..

ada seorang raja yang memeritah dengan adil dan saksama di bawah naungan kerajaan alam maya nun jauh di hujung dunia. negara yang diperintah ini sangatlah unik kerana malamnya yang panjang dan sangat nyaman.

bagi rakyat jelatanya wajah raja ini mungkin tidak asing lagi bagi mereka. beliau adalah seorang raja yang sering mengambil berat dan sangat pemurah..

nak dipendekkan cerita, pada suatu hari raja yang kacak dan bergaya ( tiba-tiba intonasi pencerita jadi poyo! ) pun bertitah seperti berikut:

"wahai rakyat beta sekalian..

dengan ini beta blaa.. bla dan blaa.. blaaa.. ( ouh.. ada pertandingan bercerita rupanya.. )
dan akhir sekali, beta mengalu-alukan penglibatan daripada rakyat beta sekalian.."

maka khabar berita akan pertandingan bercerita telah tersebar diseluruh alam maya.. burung-burung dan bayu laut telah menyebarkan perkhabaran berita ke seanteronya..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

nun jauh di sudut yang lagi satu, tinggal seorang gadis kecil bernama pink di teratak buruknya ( cecece.. kunun-kunun la.. ). gadis ini seorang yang periang dan suka berangan-angan! huhuhu.. pada suatu petang yang hening, sedang pink berjalan pulang pink terdengar perkhabaran dari istana dibawa oleh bayu yang bertiup lembut.

arakian setelah mendengar berita gembira itu, gadis pink berasa sangat teruja dan mula memasang angan-angan untuk turut serta di dalam pertandingan itu. seluruh alam maya berkongsi berita gembira dan berduyun-duyunlah rakyat jelata mencuba nasib dek kerana hadiah dari sang raja sangat lah lumayan ( $$$$ ).

pink dengan penuh semangat dan berkobar-kobar merentasi tujuh lautan dan mendaki gunung-ganang untuk mencuba nasibnya.. sejauh mata memandang dan berhari-hari pink mengharungi cabaran maka pada hari terakhir pertandingan tersebut tibalah pink di istana alam maya nun jauh di hujung dunia ketika hari menjelang malam ( pssst.. ni waktu malaysia. )

dipendekkan cerita pink antara peserta terakhir yang bernasib baik mencuba nasibnya..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

dan dengan gaya yang tersendiri, pink pun mula lah bercerita ( sambil feeling-feeling ):


di negara darul aman terdapat sebuah pusat pengajian ilmu alam yang terunggul dan disegani ramai. murid-murid pengajiannya adalah daripada golongan yang cerdik pandai dan sangat berkeperibadian tinggi. seluruh pelusuk alam maya meneraju bahtera untuk mengaji disana.

nun dari negara selatan si dara jelita berlayar ke negara darul aman untuk menuntut ilmu. dan telah ditetapkan oleh illahi bahawa di persimpangan benua, sang teruna perkasa juga belayar ke pusat pengajian yang sama. betapa jodoh telah ditentukan di atas.. namun begitu sepanjang sepengajian telah ditutup pandangan antara si dara dan teruna dari mengenali antara satu sama lain.

setelah hampir 12 purnama pengajian sebelum pentauliahan, pusat pengajian ilmu alam telah mengadakan majlis santapan bersama murid-murid sepengajiannya. dan buat pertama kali ketentuan illahi maka terbukalah tirai yang menutupi mata si dara jelita dan teruna perkasa.

di majlis yang gilang gemilang dan penuh keraian, buat pertama kalinya si dara dan teruna dipertemukan.. betapa manusia hanya merancang dan tuhan yang maha kuasa juga menentukan segalanya.. pertemuan pertama si dara dan teruna yang adalah tidak disengajakan.. dan sebagai saksi pertemuan tersebut ialah 3 sahabat di tengah-tengah dara jelita dan teruna perkasa.

( sila abaikan tulisan-tulisan yang tak berkenaan )

cinta tidak berputik lagi ketika itu dan tuhan telah menetapkan bahawa itu adalah bukan yang terbaik untuk kehidupan dara dan teruna.. sehinggalah bertahun-tahun dara jelita dan teruna perkasa terpisah maka sehingga waktu yang telah tertulis di atas, maka di pertemukan kembali 2 jiwa buat kali kedua.. jiwa-jiwa yang tidak mengenali antara satu sama lain sewaktu jasad mereka saling menghampiri dan di pertemuan kedua mereka saling mengenali hati budi masing-masing..

kini kisah dara jelita dan teruna perkasa tetap terpahat dalam ingatan apabila pertemuan kedua adalah titik permulaan bagi perjalanan bahtera yang bakal dilayari bersama.

sesungguhnya manusia mampu merancang dan tuhan jua yang menentukan segalanya. pertemuan pertama itu mungkin bukan yang terbaik, pasti ada hikmah di sebalik perpisahan itu. dan apabila di pertemukan sekali lagi, fikir-fikirkan lah bahawa mungkin ini takdir yang terbaik untuk dua jiwa disatukan.

sekian sahaja ceritera dari gadis bernama pink.. sekian terima kasih. sebagai penutup maka si gadis pink dengan feeling-feelingnya mengakhiri kisah benarnya dengan gayanya tersendiri.


pink pong: pertama pink mohon maaf jika ada kesalahan ejaan. ok.ok. kedua kisah di atas memang kisah benar tentang pink dan kekasih hati. ahaks.. harap korang enjoy baca. dan terakhir kepada joe 1,000,000 maaf sebab edit gambar anda. huhu..

June 11, 2009

entri tiada tajuk

assalamualaikum.

-mula-mula nak minta maaf atas segala masalah teknikal yang melanda blog ni. macam dah lama je tak kemaskini apa-apa dalam ni. sebab utama macam sibuk je sejak akhir-akhir ni.maka agak sepi je la kan.. hhuhuhu.

-sekarang ni tengah kumpul-kumpul bahan nak tulis dalam blog ni tau. maka, jangan lupa singgah ke blog versi bahasa inggeris sy. hurm..

-oleh kerana sy adalah budak baru belajar dan sedang tingkatkan kualiti penulisan, kalau ada salah-salah tatabahasa tu ampun je la ek! apakah la entri hari ni??! ayat sungguh skema.. ahhahaha.



MyEm0.Com