THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

June 30, 2009

teruja!

assalamualaikum.

- syukur.. beberapa hari ni sy sering dikhabarkan dengan berita-berita gembira .

- mula-mula adik dapat samb uitm, adik lagi seorang dapat samb kat ukm . apa motif ada adik lagi seorang ni?? hehe.. ok. sekarang sy bakal ada adik yang ramai.

- kemudian sy mendapat undangan perkahwinan daripada salah seorang teman rapat masa matrikulasi. uihhh.. lama tu. ada la dalam 6 tahun lalu kami kenal. ops. maknanya sy dan kekasih hati dah pernah berjumpa 6 tahun yang lalu. wink..wink.

- baru-baru ni sy dapat lagi satu berita yang paling mengujakan <- betul ke perkataan ni??! sahabat baik sy bakal melangsungkan pertunangannya pada bulan 10 nanti. insya Allah.

- ouh.. sy sangat teruja!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(sejak bila sy suka main ombak ni? terpengaruh! )

- sy doakan yang terbaik untuk semua..

- ouh! sebelum terlupa.. pembaca setia blog sy pun bakal menimang cahaya mata. hoorayyy! sy akan jadi auntie (sambil kelip-kelip mata) ehem.. kamu la oja yg sy maksudkan ni! tahniahh!!

- sy tumpang gembira untuk semua ..






June 29, 2009

hari-hari yang malas

assalamualaikum.

ouh.. internet di office adalah macam apa ntah.

tak dapat nak on pun.

rasa-rasanya wiring yang masalah.

ada ura-ura menyatakan modem masuk air !

apakah??!

maka..

sy jadi malas nak kemaskini. <- tiada motif pun.

nak blog hopping..

jumpa lagi.

June 27, 2009

uitm segamat tunggu..

assalamualaikum.

-kepada penduduk segamat.. khususnya warga uitm segamat.. tunggu kehadiran sy disana..

-nak hantar adik daftar kat sana. ehhehe..

-kepada tokey-tokey kedai kain kat segamat.. tunggu my mom datang membuat lawatan tak rasmi di kedai-kedai kain anda.

-jika ada yang berminat nak tandatangan kami <- poyo je! tunggu kami sekeluarga datang ke segamat memenuhkan ruang udara di sana. ahhahaha.

kepada adik dan teman sehidup sematinya tongga,

-wey.. ko belajar rajin-rajin ok!
-jangan malas-malas.. dapat tau ko malas siap la ko.. dengan tongga-tongga sekali aku hukum ok!
-hurm.. aku tau ko mesti boleh score sem 1st ni. aku dan tongga eh silap, aku cabar ko dan tongga mesti score ea sem ni. wajib dean list.. bukan harus-harus lagi tau.. wajib.
-kalau dapat dean list, ko dan tongga aku bagi kemewahan yang melimpah ruah, emas dan permata semua aku bagi.. tapi dalam mimpi ar! ahhaha.. akak ko mana la mampu nak bagi tu semua. tapi ada la hadiah aku pow abang ipar ko nanti.
-nanti ada duit ptptn jimat-jimat. jangan asyik nak buat lawatan tapak je kerjanya..
-jaga tongga baik-baik. ko dan tongga pasti akan menjadi kebanggan keluarga kita. percaya pada diri sendiri..
-lagi apa ek? hish.. tak pernah dalam blog aku guna aku kau. pesanan untuk ko je aku buat macam ni tau..kira special la ni.. aku mencemar duli buat pesanan untuk ko<- dah mengarut!
-aku pun dah blur nak tulis apa..
-akhir kata aku sayang giler lebih lah kat ko dan tongga. kehadiran ko dan tongga amat-amat bermakna dalam hidup aku. jadi apa yang penting? kerjasama..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(tongga main ombak..)

- mesti sedih bila bab-bab nak hantar-hantar ni.. ada la nanti keluar drama swasta sebab sy dah dilabel sebagai ratu air mata <- oh sejak bila ni??!
-dah.. cukup sampai sini. jangan tanya sy siapa tongga. yang tu kena la tanya adik sy sendiri. insya Allah dia pun akan ke dunia blogging setelah dipaksa oleh kakaknya ni. wink..wink.

June 26, 2009

100 soalan maut

assalamualaikum..

terima kasih kepada cik dawai.

100 soalan membunuh sedang bersiap sedia dijawab oleh sy. haruslah.. mangsa yang akan sy paksa menjawab tag ni adalah akan disenaraihitamkan dibawah:

pertama puan jujah darling.
kedua qery boiprend sepet <- saja je kalau dia rajin.
ketiga kawan-kawan baru.. siapa-siapa je la.

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage : air masak je.
2. Last phone call : abg syg a.k.a kekasih hati.
3. Last text message : "berusahalah, kekasihku"
4. Last song you listened to : alya dan riz.. lagu baru di hot.fm
5. Last time you cried: masa phone call dengan abah.<- manja nyer!


HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice : harus lah.
7. Been cheated on : tak ingat..
8. Kissed someone & regretted it : tak pernah.
9. Lost someone special : yer.. encik fikri. sahabat baik sy.. al-fatihah.
10. Been depressed : disember 2007 yang tekanan!
11. Been drunk and threw up : oh.. tidak..tidak..

LIST THREE FAVORITE COLOURS:
12. pink..pink.. dan pink.. eh baby pink cantik tau.
13. white/cream.. lembut je.
14. merah atau orange.

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)
15. Made a new friend : ouh.. sangat ramai, blogger babes.
16. Fallen in of love : setiap tahun sy jatuh cinta.. setiap bulan dan hari juga.. ahhaha..
17. Laughed until you cried : ouh.. ada..ada.. hilang stress!
18. Met someone who changed you : setiap orang yg sy jumpa membuatkan sy berusaha untuk ubah diri sy jd lebih baik.. semua tu atas kehendak sy bukan orang itu.
19. Found out who your true friends were : sy dah jumpa mereka dari dulu lagi.
20. Found out someone was talking about you : ada.. mesti ada.
21. Kissed anyone on your friend's list : ahhahaha.. hugs and kisses. ada!
22. How many people on your friends list do you know in real life: tak terbilang dengan jari jemari..
23. How many kids do you want : empat! tiga lelaki dan seorang perempuan.. wah! perempuan ni nanti mesti gedik!!
24. Do you have any pets : dulu-dulu ada. sekarang tiada. tapi merancang untuk ada.
25. Do you want to change your name : tiada nama seindah 'cahaya yang termasyhur' untuk sy. harap sy dapat menerangi hidup insan-insan yang tersayang. <- eh! macam cerita matahari la pula..
26. What did you do for your last birthday : bersedih.. sebab sambut sorang-sorang, makan sorang-sorang, jalan sorang-sorang, shopping sakan sorang-sorang tapi lepas tu terima dua surprised birthday party!! terharu ok..
27. What time did you wake up today: lewat.. hhuhuhu.
28. What were you doing at midnight last night: blogging.
29. Name something you CANNOT wait for : habis master dengan cemerlang!
30. Last time you saw your Mother : mms gambar dia sedang shopping sakan. hhuhu.. dia adalah icon shopaholic mom..
31. What is one thing you wish you could change about your life : managing life.
32. What are you listening to right now : tetiba telefon berbunyi.. kringg...kring.
33. Have you ever talked to a person named Tom : *geleng-geleng.
34. What's getting on your nerves right now : perjalanan esok yang panjang.
35. Most visited webpage : blogspot. email. fs. uitm.
36. Whats your real name : noor syahira binti shah beran
37. Nicknames : syira.
38. Relationship Status : belum berkahwin tetapi sudah ada kekasih hati.
39. Zodiac sign : aries si kambing biri-biri comel.
40. Male or female : perempuan cantik <-- letih oh.. baru soalan ke 40 ke? (T.T")
41. Primary School : SK Pintas Puding.
42. Secondary School : Temenggong Ibrahim Girl School <- highlighted girl school itu. ehhhehe..
43. High school/college : Kolej Matrikulasi MARA Kulim <- sama dengan dawai si penghantar soalan maut! . universiti tun hussein onn malaysia. universiti teknologi mara shah alam. oxford uni soon *insya Allah..
44. Hair colour :hitam ada la dua helai putih.. uuhuhuh..
45. Long or short : separa panjang..
46. Height : 155cm sahaja.
47. Do you have a crush on someone : ada..ada. amy search. faizal tahir. hhuhu..
48: What do you like about yourself : pemaaf kot.
49. Piercings : telinga. hidung tak jadi buat..
50. Tattoos : hurm. ada.
51. Righty or lefty : kanan a.k.a righty.

FIRSTS :
52. First surgery : mencantikkan kelopak mata. serius ouh. nak buang eye bag.
53. First piercing : di telinga.
54. First best friend: mimi. masa sekolah rendah.
55. First sport you joined : lompat jauh..
56. First vacation : yang dekat-dekat tak kira la. yang jauh sikit bandung, indonesia.
58. First pair of trainers : *garu-garu kepala. siapa ek?!

RIGHT NOW
59. Eating : nasi putih. kuah masak lemak. ayam goreng. ulam. sambal belacan. sorga beb!
60. Drinking : air kosong.
61. I'm about to : bersiap sedia nak bercuti panjang.
62. Listening to: perbualan macam-macam dalam pejabat.
63. Waiting on: jam 5 petang.

YOUR FUTURE :
64. Want kids : kelahiran pertama sepasang kembar seiras yang comel.
65. Get Married : bersama kekasih hati sebab dah dapat restu semua.
66. Career : Prof. Dr. Syahira <- gerek sey!

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes : *kelip-kelip mata sambil muncung bibir.
68. Hugs or kisses : xoxo
69. Shorter or taller : sy shorter than kekasih hati. ahaks!
70. Older or Younger : sangat bahagia sebab sy younger than him.
71. Romantic or spontaneous : spontan.. baru la surprised!
72. Nice stomach or nice arms : nice stomach.
73. Sensitive or loud : let's get loud!
74. Hook-up or relationship : relationship.
75. Trouble maker or hesitant : trouble maker.

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger : tak mungkin!
77. Drank hard liquor : euww.. tidak.
78. Lost glasses/contacts : ahaks.. ada.ada..
79. Sex on first date : sexy on first date. ehhehehe..
80. Broken someone's heart : hurm.. banyak kali. tapi sy dah jelaskan awal-awal dan dia tak peduli. last-last dia yg susah! dan menyusahkan..
82. Been arrested : *geleng-geleng..
83. Turned someone down : ada juga.
84. Cried when someone died : ye.. setelah kehilangan sahabat baik sy, fikri. al-fatihah..
85. Fallen for a friend : huhuh.. ok.. dah 85 soalan.

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself : harus lah.
87. Miracles : harus juga.
88. Love at first sight : mungkin juga..
89. Heaven : *angguk-angguk.
90. Santa Claus : secara jujur masa kecik-kecik sy percaya santa ok!
91. Kiss on the first date : ada.. salam cium tangan<-- poyo betul!
92. Angels : angel ni tak sama dengan angle kan? ahhaha..

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time : *angguk-angguk.. kat malaysia satu, italy satu. <-- gerek sey! sekarang dah taubat!
95. Did you sing today : ada-ada.. semua lagu kat radio sy layan dan nyanyi bersama-sama.
96. Ever cheated on somebody : *wink..wink. ada la..untuk kebaikan diri sendiri je.
97. If you could go back in time, how far would you go : 1985 boleh tak?
98. If you could pick a day from last year and relive it: hari raya tahun lepas. hurm..
99. Are you afraid of falling in love : tak pernah.
100. Posting this as 100 truths : yeayyy!! soalan terakhir. i like~~ erk! not 1oo truths tapi .. 100 soalan maut. wink.wink..

June 25, 2009

mencari ahmad fahri

assalamualaikum.

- sy nak minta tolong. ada sesiapa mengenali ahmad fahri ahmad fauzan ?

- sy selalu mimpikan beliau.

- sy teringin nak jumpa beliau.

-sy selalu mendengar nama beliau.

-sy harap dapat melihatnya suatu hari nanti.

- yang pasti.. sy akan memastikan kami tidak akan terpisah lagi. <- tak pernah jumpa macam mana nak terpisah lagi??! hish..

-sy berdoa insan ini akan menjadi anak yang soleh dan disenangi ramai.

-sy berdoa insan ini akan berbakti pada mummy dan ayahnya kelak.

-sy berdoa insan ini bakal memimpin negara dengan adil dan saksama.

-sy berdoa insan ini teguh berpegang pada agamanya, islam.

-sy berdoa insan ini adalah sihat dan sempurna kejadiannya. <-kacak dan iras-iras mummy. *berangan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(om..om..ombak..)

-yer.. sy bercita-cita untuk berjumpa dengan ahmad fahri ahmad fauzan untuk berkongsi-kongsi cerita, berbual-bual bertanyakan khabar dan memberi nasihat tunjuk ajar sebagai panduan hidupnya..

-semoga.. ahmad fahri ahmad fauzan itu wujud.

June 24, 2009

apabila hilang ingatan

assalamualaikum.

- alamak .. sy terlupa dengan apa yang harus sy update.

-pernah tak kamu alami perkara ni?

-sebelum kamu on lappy idea melimpah ruah, sekali bila dah duduk depan lappy terkulat-kulat pandang keyboard. sebab.. idea yang banyak tadi dah tumpah-tumpah sampai kamu lupa apa benda yang nak di update.

-ouh.. sy sedang mengalami perkara yang sama la ni.

-maka.. sy nak makan kismis banyak-banyak supaya sy sentiasa ingat. ahhaha..

- baiklah.. oleh kerana dah hilang ingatan tadi nak bagi tau la sekarang ni sedang layan lagu my endless love daripada diana ross dan lionel richie. tangkap lentok wey..

- ok.. nak makan kismis ni. jumpa lagi..

June 23, 2009

paling menyampah

assalamualaikum.

- erk! pagi-pagi dah update entri macam ni.

- sila abaikan sy dan entri ini sekejap yer. sy harap hari-hari akan datang lebih baik dan bersinar-sinar lagi *sambil kelip-kelip mata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(main-main ombak)

apa yang sy paling menyampah :

-tak pandai buang sampah di tempat yang sepatutnya. <-pengotor. -tak pandai padam suis lampu setelah digunakan. <-pembaziran. -tak prihatin dengan kebersihan tempat tinggal. <-sangat keji!. -tak ambil tahu dengan keadaan sekeliling. <-tak suka.tak suka. - *tu je kot. nanti sy update lagi yer.

June 22, 2009

jeling jeling manja

assalamualaikum.

- ada cerita lucu nak kongsi hari ni. harap hari isnin ni tak ada nak monday monday blues ke apa la kan..

- ceritanya macam ni, sy pergi site visit di hicom. dalam perjalanan sy sempat lagi makan kuih muih yang dibeli di kawasan rumah. rasanya tak ada masalah nak control stering kereta pun sewaktu makan kuih waktu pagi. janji alas perut..

- sewaktu di lampu isyarat, sy memang tak pedulikan orang kiri dan kanan pun. kunyah-kunyah la makan kuih donat pedas. sambil layan lagu di hot.fm.. sangat bahagia hari isnin sy kan? tak ada blues blues pun..

- lampu merah bertukar hijau, sy meneruskan perjalanan.. kebetulan sy perlu menunggu seseorang di simpang hadapan, sy pun signal ke kiri untuk minta laluan. dari kejauhan sebelum sy berhenti di simpang sy dah signal. maka sy rasa pemandu belakang pasti nampak.

- kecuali anda berangan sewaktu memandu . syukur pemandu lain bagi laluan, tapi ada sebuah kereta yang memandu ala-ala lipas kudung <--mungkin tak tahan nak ke tandas kot! langsung tak bagi laluan. - sy tak kisah dan bersabar je. sambil-sambil makan dengan bahagianya.. apa yang lucunya pemandu lelaki tersebut sempat menjeling sy tanda marah pada hal dari jauh sy dah signal nak masuk laluan dia.

-nasib lah sy tengah sibuk makan, jadi abaikan je la.. kalau tak mesti sy dah buat isyarat jari tau.. hurm.. jangan salah faham yer. sy buat isyarat jari tengah dan jari telunjuk. cuba teka jadi apa?

- peace lah!

June 21, 2009

kempiskan perut

assalamualaikum

- apa khabar semua? harap semua sedang berseronok-seronok di hujung minggu ini.

- sy banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan bermalas-malasan di rumah je. tengok la kalau petang-petang sikit ada perancangan nak berjalan ke.. boleh je!

- sebelum tu nak tanya la kan. bagaimana kamu memelihara kondisi luaran perut ? maksudnya cara-cara nak kempiskan perut terutama bagi yang ada lebihan di perut. tak kisah la sikit ke banyak..

- dan bagi yang tak ada lebihan <-- wah! bagusnya.. apa yang kamu lakukan untuk memastikan perut kamu kekal kempis ? soalan maut nih. ehhehe.. ingat, perut kempis tak selamanya kekal kempis, suatu hari nanti pasti akan ada lebihan! <-- macam sumpahan la pula (T.T") - oh.. sy sangatlah liat untuk menjaga kondisi perut ni. sebelum ni sy ada buat sit up 30 kali sebelum tidur tanpa henti.. tu je yang mampu ok! tapi lepas seminggu sit up dah ke mana tidur tetap tidur. ahhhahaha.

- sy ada terbaca dalam sebuah blog, dia buat sit up sebanyak 100 kali sehari . kagum giler!! dia tu perempuan.. dulu beratnya adalah 80 lebih tak silap, kini tinggal 60 lebih je.

- kalau dia boleh buat, kenapa kita tak boleh kan? apa yang penting nawaitu je . kalau nak, semua boleh jadi. kalau tak, 1000 alasan la dia bagi.

- cun tak kalau perut sy ada 6 pax. ahhahhahaha *berangan!

June 20, 2009

mencari rangka ayam

assalamualaikum.

-sy sangat beria-ia nak makan rangka ayam . tak silap kali terakhir sy makan bulan puasa tahun lepas.

- beberapa hari lepas, dalam perjalanan pulang ke rumah shah alam sy singgah la ke pasar malam . dengan harapan yang tinggi menggunung <-- serius tak tipu..

- sampai-sampai je terus mencari gerai yang jual rangka ayam. 10 kali tawaf pun sy tak jumpa!! sedih nyer.. pada hal pasar malam tu bukan besar mana pun. tak silap ada la dalam 10 gerai je yang buka.

- dengan penuh pilu dan hiba sambil terkenang-kenang rangka ayam yang dalam imaginasi sy sedap hingga menjilat jari, sy beli nasi lemak kukus je kat sana.

- apa yang penting, tambah lauk ayam ! janji ada perkataan ayam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(ombak jahat!! ombak jahat!)

- hari ni sabtu. ada pasar malam.. ok.. misi mencari rangka ayam akan diteruskan. ahhaha.. sy ni selagi tak dapat satu benda tu kan, nasib la.. 10 kali sebut nak benda tu. dah dapat nanti.. senyap la. wink..wink..


-selamat berhujung minggu semua..



June 19, 2009

berangan tu percuma

assalamualaikum.

- sy ada satu masalah yang sukar untuk dijelaskan disini.

- tapi sy menjangkakan semua orang pun pasti menghadapi situasi ini mungkin sekali dalam seumur hidup . tapi sy mengalaminya berhari-hari dalam kehidupan ini.

- sy suka berangan . ihhihihi. tapi tak apa la. berangan kan percuma. lagi pun pernah dengar tak dengan berangan sebenarnya kita merancang untuk perjalanan hidup pada masa akan datang <-- alasan! - tapi.. jangan la berangan benda-benda yang mungkin tak tercapai akalmu . contoh nak memiliki seekor kuda terbang yang macam unicorn. lepas tu boleh menunggang binatang tersebut ke tempat kerja (T.T")

- sy suka berangan tentang apa yang sy akan lakukan pada hari esok , lusa , tulat dan ulat. oh tipu.. tak suka ulat. tapi dia kelihatan comel..

- kadang-kadang sy suka berangan tentang apa yang akan berlaku pada 31 dec 2010.. serius jauh betul angan-angan sy ok!

- sebab percuma sy akan berangan juga apa yang akan berlaku pada 1 jan 2011. dan.. seterusnya..

-maka, kamu macam mana pula? kongsi la angan-angan disini. atau.. angan-angan kamu dah musnah beberapa hari lepas? agggagaga...

- tapi.. sy tak pernah pula berangan untuk bersanding bawah pedang . hurm.. takut la nak berangan macam tu. sebab takut tertikam pedang la pula! hhuhu..

June 18, 2009

memilih kawan daripada kekasih

assalamualaikum.

-sedang menonton cerita indonesia. kerana seorang lelaki, 3 sahabat baik bergaduh. hishh.. macam keji je berebut lelaki ! sorry la.. <--jujur entri ni dah berkarat sebab - tapi nak buat macam mana kan, nama pun cerita. layan je la ..

- alamak! alarm sy dah bunyi.. amaran keras suruh tidur awal. hhuhuhu..

- ok. sy pendekkan cerita.. antara kawan dengan kekasih siapa yang kamu pilih? sy sanggup lakukan apa saja untuk kawan sy. serius..

- biar sy senaraikan kenapa kawan lagi penting dari kekasih:

pertama kawan dulu kini dan selamanya akan ada disisi kita kecuali bila kita masuk tandas.

kedua kawan penting sebab dibahunya tempat kita menangis bila kita susah. ni kes bila ada masalah dengan kekasih.

ketiga kawan tak berkira sangat dan boleh lebih-lebih kurang. maksudnya.. dia jenis yang tak kisah ada apa-apa mesti dia akan hulurkan bantuan.

kesepuluh kawan adalah segala-galanya bagi sy sebab sy anggap dia sahabat baik sy, abang angkat sy dan kekasih hati sy. ni mesti ramai yang tak faham.

- sy jenis yang sangat mementingkan kawan. dulu sy anggap, kawan tu kawan la. kekasih tu kekasih la. tapi kini sy anggap kekasih adalah kawan baik sy. apa?? tak paham lagi ke?

- nak tidur.. tak paham, skip entri ni. hhuhuhu <-- jahatnya sy!




June 17, 2009

jerebu atau kabus

assalamualaikum.

-cerita ini adalah kisah benar dan berlaku beberapa hari lepas.

- sy sedang memandu di kl seawal jam 8.00 lebih pagi.. eh. boleh ke macam tu? ahhaha.. abaikan .

- umum pun tahu kan, sekarang ni sana sini jerebu. pergi mana-mana pun ada jerebu. hhuaarggghhhh!! jerebuuuu .....

- teringat masa zaman kanak-kanak , kalau pagi-pagi seawal jam 8.00 lebih-lebih tu cuaca aman damai, nyaman dan sejuk je. tu namanya kabus.

- tapi.. sekarang ni kalau pagi-pagi sampai seawal 10 pagi masih kena pasang lampu kereta dan jarak pandangan pun setakat dua tiga tiang lampu, tu namanya jerebu ! hhuhu..

- tu la duduk kampung memang best ! cuaca tak tercemar.. tu masa zaman sy kanak-kanak la. tapi..

-kasihan yer kamu duduk kl. dari zaman kanak-kanak kamu lagi dah duduk di tempat tercemar ! ahhahaha.. gelak-gelak jahat..

- ok.. tak gelak dah.. sebab kini kl dah jadi kampung sy juga kan.. *angkat-angkat kening.


June 16, 2009

sang kancil berlari 100km/h

assalamualaikum.

-oooOOOooooo.. lajunya binatang kecil tu lari.. kenapa?? sebab apa??

- mungkin binatang itu senak perut dan mencari tempat-tempat berlindung untuk melepaskan hajat.. atau..

- binatang itu mendapat panggilan telefon menyatakan isterinya hendak bersalin kot ?? hurm.. ada kebarangkalian.. tapi amat tipis..

-oh.. barangkali binatang tersebut sedang mengejar peragut durjana atau dia sang peragut itu !! ohh.. tipu..tipu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(ombak rindu..citt!)

-habis tu apa sebenarnya yang terjadi ni?

- ceritanya macam ni.. pagi tadi (merujuk hari ahad a.k.a dua hari lepas) sy bangun awal <--sebab tertentu sahaja untuk hari ahad. - malangnya.. sy tidur semula! oh.. tidakkk!!!!!

- sedar-sedar lihat jam dah mencecah 7.15 pagi . alamak.. alamak.. dah lambat! capai apa-apa yang wajib zasss zasss dan zass.

- terkial-kial pakai contact lense. konon-konon nak nampak comel . lucu..lucu..

- sedar-sedar jam dah menunjukkan 7.45 pagi.. sebagai makluman perempuan mandi memang lama ok. maka.. faham-faham lah mana datang anak kancil berlari 100km/h di federal highway pagi-pagi hari.

-ahhahha.. sampai sungai besi tepat jam 8.00 pagi . hik..hik.. nasib la kalau kena saman pun!

- ni semua sebab dah janji nak jumpa jam 8.00 pagi. tapi ada pula permintaan supaya dijemput dengan lebih awal . hhuhuhu.

June 15, 2009

si perempuan jambu

assalamualaikum.

- oh.. senak perut sekejap..

- hujung minggu lepas sy balik kampung <-- nak bagi tau juga tu! pada hal kampung nombor dua sy adalah kl je. - apa yang sy suka tentang kampung sy yer? ok..ok.. pembetulan kampung nombor dua sy la.. sy suka datang sini sebab mestilah ada ahli keluarga . hhhuhuhu. harap-harap ana/che r tak baca entri ni (T.T")

- sy suka sangat makan buah jambu air . yang warna merah-merah jambu tu! oh.. warna kegemaran sy tu.. sedap tau. manis.. rangup.. kecur..kecur!

- sewaktu menulis entri ni sy sedang makan jambu air yang lazat ni. pokok jambu ni depan pintu nak masuk rumah je.

-sebelum balik shah alam , sy dapat bekal dua bungkus jambu air yang merah-merah jambu!!

- betul ke kalau makan banyak buah jambu ni nanti boleh jadi perempuan jambu ??

- ok.. sekarang sy adalah perempuan yang sedang makan buah jambu.. maka, sy boleh dikategorikan sebagai jambu tak? atau.. jambu tu sesuai untuk lelaki je?

-tidakkk!! tidak!! kalau macam tu abang dan adik-adik lelaki sy jambu ke? sebab makan banyak buah jambu?? *pengsan!

June 14, 2009

selamat pagi

assalamualaikum.

selamat pagi malaysia! selamat pagi shah alam! selamat pagi batu pahat!!

-wah.. sy harus memaksa diri untuk tidur sekarang juga. sekarang jam dah 12.30 pagi sewaktu sy sedang tulis ayat-ayat ini.

-kenapa malam minggu kena tisur awal? sebab pagi ini kena bangun awal untuk menjemput kekasih hati. alhamdulillah .. dia dapat keluar bersiar-siar seawal 8 pagi hingga 6 petang.

- kami merancang untuk balik kampung sekejap . seronok sebab dah lama tak jumpa keluarga kekasih hati ! dan lagi.. sy pun dah lama tak jumpa kekasih hati. maka.. kena lah tidur awal..

- tak nak la buang-buang masa. kalau datang awal, nanti dapat jumpa lama-lama sikit . sekarang ni sy lebih menghargai banyak benda disekeliling sy. contohnya ialah masa. 5 minit pun sangat berharga.. kalau sy jemput dia lewat esok, sy dah rugi beberapa minit !

- ok.. kepada kawan-kawan semua, selamat berhujung minggu.. jumpa lagi malam nanti yer..

June 13, 2009

terasa sangat indah

assalamualaikum.

- selamat berhujung minggu semua.

-pagi ni bangun lewat sebab hari ini sabtu . <--lain kali tak buat lagi! -bangun-bangun je terasa sangat stress bila tengok bilik yang macam kapal karam !

- jadi sy merancang untuk gigihkan diri mengemas bilik ni. hurm.. tapi sekarang ni rasanya progress baru 2% sebab asyik la blog hopping dari tadi! ish.. teruknya..

- jap.. sy angkat punggung sambil menari-nari dangdut mengemas bilik. ehheheh..

- alasan kukuh kenapa sy sangat gembira hari ni sebab kekasih hati dapat luangkan masa dia esok!! sy melompat-lompat girang!!

-dan lagi dengan terhegeh-hegeh baru semak permohonan rayuan adik. bangga sangat dia daput sambung belajar di uitm segamat . berkat doa dan kesabaran dia akhirnya dia dapat meneruskan pengajiannya .

- ok..ok.. sy nak mengemas dulu. selagi tak siap jangan mimpi nak bersenang lenang depan lappy..

- bye..bye..

psst.. br sekejap td ada makcik silap nombor. hhuhu. makcik sy bukan farha. maaf yer (t.t")

alhamdulillah.

assalamualaikum.

-walau pun entri semalam pahit untuk ditelan tapi tak apa la. nama pun khabar angin dan fitnah memang macam tu. manusia kan suka membesar-besarkan cerita dan memburukkan keadaan . ok.. abaikan.. tutup buku lama, buka buku baru.

- entri pagi ni haruslah entri ceria, bahagia dan bunga-bunga . sy nak kongsi kegembiraan sy selama hampir 3 semester melanjutkan pelajaran di uitm . sy memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, kekasih hati dan teman-teman yang tersayang. sokongan dan doa semua banyak membantu sy untuk berjuang sehingga sy berada hingga ke tahap ini.

- seronok tak terhingga sebab dah selesai 3 semester dan ada satu semester lagi nak habis. sy berjanji sy akan lakukan yang terbaik untuk kepuasan ibu bapa terutama sekali, contoh kepada adik-adik (tiba-tiba ada ramai adik!) dan paling penting bukti kepada semua yang menyokong sy bahawa usaha kalian menyokong sy tak akan sy sia-siakan.

- akhir sekali, izinkan sy menikmati sem-sem terakhir sy di uitm untuk pengajian sarjana sy, insya Allah. semoga sem depan sy boleh tingkatkan pointer lagi! eh.. sy ada satu rahsia nak kongsi.. sy adalah pelajar yang paling muda dalam batch sy. wink..wink..

June 12, 2009

sejarah yang hitam

assalamualaikum.

-baru-baru ni sy ada bermain-main sms dengan sahabat lama. tujuan utama nak ucap tahniah atas berita gembira beliau. tapi sms berlarutan menjadi rasa terkilan sy terhadap penghantar sms tu.

-maaf sy amat terkilan dengan kamu kerana mudah benar kamu mendengar khabar-khabar angin itu sehingga kisah-kisah sy yang kamu tidak pasti kesahihan tu dijaja dan didalahertikan.

-apa pun terima kasih sy ucapkan atas ayat-ayat sedih pilu itu. setiap orang ada sejarah hidup masing-masing dan tak perlu untuk dibesar-besarkan sehingga menjadi fitnah kerana cerita-cerita seperti itu mampu menjejaskan nama baik banyak pihak serta mampu mengguris hati-hati insan disekeliling ini.

- kepada pemegang amanah itu, sy juga ucapkan terima kasih dan tahniah kerana niat kamu untuk mempopularkan sy sedikit sebanyak berhasil. cerita-cerita kamu sudah tersebar di bibir-bibir sahabat sy. hurm..

- kenapa ye, orang suka sangat bercerita hal orang lain? kalau khabar angin tu palsu macam mana? dah jadi fitnah. biarlah sy sendiri simpan sejarah yang hitam tu baik-baik. nampaknya luka lama berdarah kembali.

contest pertama

salam sejahtera.

alkisah tersebutlah sebuah cerita..

ada seorang raja yang memeritah dengan adil dan saksama di bawah naungan kerajaan alam maya nun jauh di hujung dunia. negara yang diperintah ini sangatlah unik kerana malamnya yang panjang dan sangat nyaman.

bagi rakyat jelatanya wajah raja ini mungkin tidak asing lagi bagi mereka. beliau adalah seorang raja yang sering mengambil berat dan sangat pemurah..

nak dipendekkan cerita, pada suatu hari raja yang kacak dan bergaya ( tiba-tiba intonasi pencerita jadi poyo! ) pun bertitah seperti berikut:

"wahai rakyat beta sekalian..

dengan ini beta blaa.. bla dan blaa.. blaaa.. ( ouh.. ada pertandingan bercerita rupanya.. )
dan akhir sekali, beta mengalu-alukan penglibatan daripada rakyat beta sekalian.."

maka khabar berita akan pertandingan bercerita telah tersebar diseluruh alam maya.. burung-burung dan bayu laut telah menyebarkan perkhabaran berita ke seanteronya..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

nun jauh di sudut yang lagi satu, tinggal seorang gadis kecil bernama pink di teratak buruknya ( cecece.. kunun-kunun la.. ). gadis ini seorang yang periang dan suka berangan-angan! huhuhu.. pada suatu petang yang hening, sedang pink berjalan pulang pink terdengar perkhabaran dari istana dibawa oleh bayu yang bertiup lembut.

arakian setelah mendengar berita gembira itu, gadis pink berasa sangat teruja dan mula memasang angan-angan untuk turut serta di dalam pertandingan itu. seluruh alam maya berkongsi berita gembira dan berduyun-duyunlah rakyat jelata mencuba nasib dek kerana hadiah dari sang raja sangat lah lumayan ( $$$$ ).

pink dengan penuh semangat dan berkobar-kobar merentasi tujuh lautan dan mendaki gunung-ganang untuk mencuba nasibnya.. sejauh mata memandang dan berhari-hari pink mengharungi cabaran maka pada hari terakhir pertandingan tersebut tibalah pink di istana alam maya nun jauh di hujung dunia ketika hari menjelang malam ( pssst.. ni waktu malaysia. )

dipendekkan cerita pink antara peserta terakhir yang bernasib baik mencuba nasibnya..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

dan dengan gaya yang tersendiri, pink pun mula lah bercerita ( sambil feeling-feeling ):


di negara darul aman terdapat sebuah pusat pengajian ilmu alam yang terunggul dan disegani ramai. murid-murid pengajiannya adalah daripada golongan yang cerdik pandai dan sangat berkeperibadian tinggi. seluruh pelusuk alam maya meneraju bahtera untuk mengaji disana.

nun dari negara selatan si dara jelita berlayar ke negara darul aman untuk menuntut ilmu. dan telah ditetapkan oleh illahi bahawa di persimpangan benua, sang teruna perkasa juga belayar ke pusat pengajian yang sama. betapa jodoh telah ditentukan di atas.. namun begitu sepanjang sepengajian telah ditutup pandangan antara si dara dan teruna dari mengenali antara satu sama lain.

setelah hampir 12 purnama pengajian sebelum pentauliahan, pusat pengajian ilmu alam telah mengadakan majlis santapan bersama murid-murid sepengajiannya. dan buat pertama kali ketentuan illahi maka terbukalah tirai yang menutupi mata si dara jelita dan teruna perkasa.

di majlis yang gilang gemilang dan penuh keraian, buat pertama kalinya si dara dan teruna dipertemukan.. betapa manusia hanya merancang dan tuhan yang maha kuasa juga menentukan segalanya.. pertemuan pertama si dara dan teruna yang adalah tidak disengajakan.. dan sebagai saksi pertemuan tersebut ialah 3 sahabat di tengah-tengah dara jelita dan teruna perkasa.

( sila abaikan tulisan-tulisan yang tak berkenaan )

cinta tidak berputik lagi ketika itu dan tuhan telah menetapkan bahawa itu adalah bukan yang terbaik untuk kehidupan dara dan teruna.. sehinggalah bertahun-tahun dara jelita dan teruna perkasa terpisah maka sehingga waktu yang telah tertulis di atas, maka di pertemukan kembali 2 jiwa buat kali kedua.. jiwa-jiwa yang tidak mengenali antara satu sama lain sewaktu jasad mereka saling menghampiri dan di pertemuan kedua mereka saling mengenali hati budi masing-masing..

kini kisah dara jelita dan teruna perkasa tetap terpahat dalam ingatan apabila pertemuan kedua adalah titik permulaan bagi perjalanan bahtera yang bakal dilayari bersama.

sesungguhnya manusia mampu merancang dan tuhan jua yang menentukan segalanya. pertemuan pertama itu mungkin bukan yang terbaik, pasti ada hikmah di sebalik perpisahan itu. dan apabila di pertemukan sekali lagi, fikir-fikirkan lah bahawa mungkin ini takdir yang terbaik untuk dua jiwa disatukan.

sekian sahaja ceritera dari gadis bernama pink.. sekian terima kasih. sebagai penutup maka si gadis pink dengan feeling-feelingnya mengakhiri kisah benarnya dengan gayanya tersendiri.


pink pong: pertama pink mohon maaf jika ada kesalahan ejaan. ok.ok. kedua kisah di atas memang kisah benar tentang pink dan kekasih hati. ahaks.. harap korang enjoy baca. dan terakhir kepada joe 1,000,000 maaf sebab edit gambar anda. huhu..

June 11, 2009

entri tiada tajuk

assalamualaikum.

-mula-mula nak minta maaf atas segala masalah teknikal yang melanda blog ni. macam dah lama je tak kemaskini apa-apa dalam ni. sebab utama macam sibuk je sejak akhir-akhir ni.maka agak sepi je la kan.. hhuhuhu.

-sekarang ni tengah kumpul-kumpul bahan nak tulis dalam blog ni tau. maka, jangan lupa singgah ke blog versi bahasa inggeris sy. hurm..

-oleh kerana sy adalah budak baru belajar dan sedang tingkatkan kualiti penulisan, kalau ada salah-salah tatabahasa tu ampun je la ek! apakah la entri hari ni??! ayat sungguh skema.. ahhahaha.



MyEm0.Com

May 31, 2009

keluarga bahagia

salam sejahtera.

segalanya bermula disini.

--------------------------------------------------------------

Tanggal 31/12/xxxx, Jam 8.30 malam.

Dalam sujud terakhirku.. ku pohon kepadanya 'Ya Allah..Jika aku ditakdirkan jatuh cinta.. Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada Mu.. Amin' ..

---------------------------------------------------------------

Masih lagi 31/12/xxxx, Jam 9.00 malam.

Debaran kencang.. dup..dup..dup..dup.. ( ada kesan bunyi khas! ) sambil tarik nafas dalam-dalam.. semua yang hadir juga telah mengambil tempat masing-masing.. suasana sangat tenang.

sayup-sayup dapat ku dengar suaranya..

'Aku terima nikahnya Noor Syahira Binti Shah Beran dengan mas kahwinnya barang-barang kemas bernilai RM 2,500/- tunai..'

'sah.. sah..sah..'

di suatu sudut, maka berguguranlah manik-manik mutiara air mataku. sayu.. syukur.. ku redha..

-------------------------------------------------------------

pada suatu malam yang indah dan permai.. seperti malam-malam yang biasa dilalui oleh pasangan yang lain..

kami solat isya' berjemaah.. di akhir doanya ..

'Ya Allah.. satukanlah hati kami berdua sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Kami memohon restu Mu, Ya Allah.. Berkatilah hidup kami dan semoga jodoh kami berkekalan buat selama-lamanya dunia dan akhirat.. serta kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.. Amin..

dan setiap kali itulah manik-manik mutiara ini berguguran lagi kerana kesungguhannya membaca doa ini sehingga menyentuh hati ini..

dia berpaling ke arah ku sambil menghulurkan tangannya. ku sambut tangannya, ku cium penuh hormat. lalu.. dia mengucup dahiku penuh kasih dan senyumannya terpancar ikhlas.

----------------------------------------------------------------

dan 10 tahun kemudian..

hidup ku amat bahagia disamping suami yang tercinta dan anak-anak yang menjadi lambang ikatan cinta kami.. syukur..



kami merenung ke masa hadapan.. semoga cinta suci ini akan berkekalan dunia dan akhirat..

-------------------------------------------------------------------

tiba-tiba..

kringg!!! kriinnnnnnnnnnnnggg!! erk!

alarm hp ku berbunyi.. 'eh, aku mimpi ek?! ' bangun tidur sambil sengih-sengih.. 'bestnya.. mimpi indah!' dan aku pun memulakan hari-hari ku seperti biasa..

sekian terima kasih.

---------------------------------------------------------------------

TAMBAHAN:

1. entri ini perlu menang kerana teruja dengan hadiah yang best! ( boleh dapat menambat hati juri ke ayat macam ni? ceh!!- tak apa, dah berusaha.. selebihnya tawakal je.. )

2. domain pilihan ialah syahirafauzan.com

3. memilih domain ini sebab teruja tengok gambar di bawah.. siap print screen tu! ehhehehe..
( tak habis-habis dengan teruja! kenapa yer?? )

Congratulations! syahirafauzan.com is available!


pink pong: kalau menang tu rezeki. kalau tak, boleh cuba lain kali. apa-apa pun tahniah kepada semua peserta.. nanti kita link-link yer.. boleh kongsi-kongsi cerita lepas ni..